seperti yang kita ketahui,peta i-think ini banyak manfaatnya,kalau tidak,takkan pihak kementerian pendidikan negara kita beria-ria benor nak jadikan benda ini sebagai salah satu benda wajib dalam sesi pembelajaran kan..kan..kan..
KEBAIKAN
KEBAIKAN
1)MERANGSANG KEMAHIRAN BERFIKIR
Kebanyakakan mata pelajaran menggunakan pengetahuan dan cara pengelolahan isi.Maka,sebagai seorang pelajar ,saya perlu memahami tajuk bagi mengembangkan idea dengan menggunakan ayat yang gramatis dan kritis.Untuk menghasilkan pelajar yang berfikiran aras tinggi(KBAT),peta pemikiran dapat menjana idea sendiri ketika proses pembelajaran di dalam bilik berjalan.Kemahiran menggunakan peta I-think ini per;u diterapkan kerana dapat merangsang kemahiran berfikir menggunakan gambar rajah yang dilakukan.Disamping itu,murid-murid juga akan tertarik dan proses pembelajaran akan menjadi lebih seronok.
2)KAYU UKUR SESUATU KEFAHAMANPeta I-think ini sesuai dijadikan sebagai suatu alat pengukur kefahaman kita terhadap isi kandungan sesuatu pelajaran.Hal ini demikian kerana alat berfikir ini adalah lebih terancang dan sistematik berbanding alat berfikir yang lain kerana setiap peta pemikiran mempunyai fungsi dan keistimewaan yang berbeza.Dengan penggunaan peta pemikiran juga kita dapat membuat perkaitan antara peristiwa sebelum dan selepas sesuatu pembelajaran.Selain itu,perkara yang perlu diutamakan yang perlu diterapkan didalam sesebuah penulisan dapat disampaikan secara efektif dan bukan sekadar menghafal sahaja.
3)MERANSANG DAYA INGATAN
Gambar menarik untuk dilihat atau tulisan yang ringkas memudahkan lagi
seseorang itu mengingati
sesuatu perkara itu menurut Tony Buzan(2003) Kedua-dua
belah bahagian otak dapat diaktifkan
apabila sesuatu perkara atau teori itu
difikir dalam bentuk tulisan dan lukisan.Kebanyakkan peta i-think mempunyai gambar rajah yang
terdiri daripada pelbagai bentuk yang turut diaplikasikan dalam bentuk tulisan
dan lukisan yang dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua otak tersebut.Maka,penggunaan
peta pemikiran lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang
No comments:
Post a Comment